Sunday, 22 November 2015

Backpack to Krabi #1

Holla! Assalamualaikum...

Tak nak ckp banyak tgk tajuk pun mesti dh tau nk cerita pasal apa..

Disebabkan panjang sgt cerita pasal perjalanan ke krabi ni n x nk bg serabut so aku terpaksa buat entry2 berasingan so senang laa korg nk baca..

Okay mula2 cerita dia mcm ni..

Air asia buat promo masa bulan 5 ke 6 x ingat so masa tu tiket flight murah. Rm60 per person ( tak beli baggage kata backpack kann xD ) . So rasa mcm teringin sgt nk pegi Krabi ni then aku ajaklaa si izzad book sekali since dh tau bila kitorg punya cuti.

Bila bincang2 so kitorg decide nk beli tiket pegi saja, balik nak naik train melalui Hatyai..

Mula2 mcm tertanya jugak.. berdua je kee..

Last2 my senior, abg syuk dpt tau plan ni n aku pun ajak je dia sekali mana tau nk ikut ke.

Mula2 dia pun x percaya sbb kitorg nk pegi berdua n dia kata 'keje gila' sbb nk main redah je kan. Tp last2 dia ikut jugak.. Tp masa tu tambang dh agak berbeza la sbb dia book last minute so around RM160 mcm tu.

14/11

So, disebabkan abg syuk stay kat Pasir Gudang, sehari sebelum flight dia dh turun KL. i pick him up at TBS pukul 6ptg then pegi KL Sentral sbb nk book tiket train utk balik nnti n terus nk pegi KLIA2.

So sesampai je di KL Sentral dgn abg syuk, tggu lagi sorg mamat ni pulak izzad then nk gerak sama2.

Mula2 nk pegi book tiket train, sampai2 kaunter dia kata dh habisss.. Adess. Rasa menyesal pulak x book oline awal2 sbb mmg terfikir nk book online je tp diorg ni x nk.. Tp akak tu kata cuba tanya kat railway Hatyai nnti mana tau ada org cancel ke. Ayat nk sedapkan hati lettew. Tp hati aku dh mcm hampa gila dh sbb tiket habis. Huhu

Then, dgn hati yg hampa terus amik bas pegi  klia2, sampai klia2 dlm pukul 9.20 PM..

terus pegi kiosk check in n print tiket... Disebabkan awal sgt mmg x boleh masuk laa kan. So tggu je mereput sampai 3.30 pagi.. aku n abg syuk sempat jugak laa round2 klia2 cari makan kejap melahapkan diri. Izzad tggu kat depan pintu masuk balai perlepasan.. jd jagar beg xD



Tepat 3.30 masuk imigresen. masih awal lagi tuu..

Mmg awal tp kang ramai pulak sbb flight pagi tu mmg pack. Tgk org pun dh mula ramai drop baggage. Confirm nk kena beratur panjang japgi. So better masuk dulu. Kih2 (tu senang backpack ni x payah nk drop2 baggage kann)


So masuk je ruang menunggu, disebabkan awal sangat sambung tido lagi sampai pukul 6.. Huahaha.


...AA Backpack To Krabi 2015...

link...

Backpack to Krabi #2 (Krabi Weekend Night Market)
Backpack to Krabi #3 (Phi Phi Island)
Backpack to Krabi #4 (Jungle Tour)
Backpack to Krabi #5 (Krabi-Hatyai)
Blanco Room and Apartment


..

Backpack to Krabi #2

15/11

Tepat 6.40 dah announce, tepat pukul 7.10 flight AK866 berlepas ke krabi! Weeee

Flight ambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit je. Xde laa lama mana. So dlm pukul 8.45 waktu msia dh sampai. Tapi kat sana waktu dia sejam awal. So kalau ikut waktu sana 7.45 la. Haha

Sesampai je airport, turun imigresen beratur utk cop passport..

OK! Disini ada satu insiden terjadi dimana aku x kan lupa sampai bila2.. N u guys pun kena berhati2 kalau dh sampai thailand or mana2 imigresen i think..

So please klik enty ni utk tau apakah insiden tersebut.. Baca tau! Important sgt. Pastu baru sambung baca balik entry ni...

Kisah paling sedehh !
Kisah paling sedehh !
Kisah paling sedehh !

Ok dah baca? Sad kannn.. So please beware n stay alert. Don't let that things happen to you. Huaha

Oraits so lepas je imigresen, turun je escalator dh nmpk pintu keluar. (Airport ni xde besar mana so jgn risau kalau fikir nk sesat ke apa)

Elok2 je sampai depan pintu airport tu ada ramai 'aweks' thai nnti mengiau "free simcard for your phone"..  So jgn lupa amik.

Tp xde laa free pun actually. Korg kena topup sendiri gak utk data or call ikut pilihan hati laa. Banyak pakej diorg. Utk 1 hari, 3 hari, 5 hari, seminggu, sebulan, setahun, selamanya ke ikut korg la.

So aku amik True-H sim card dgn pakej unlimited data utk 5 hari.. 180thb .

Internet speed? Laju gilakkss uolssss. Rasa puas sesangat. Ingatkan x nk beli mula2. Yelaa sbb kat hotel ada je wifi. Tp kang nk ber-anti sosial kat luar x boleh pulak. Krikk2

Habis je uruskan sim, masuk dlm airport balik nk beli tiket bas ke ao nang. Korg boleh pilih sama ada nk naik teksi, van atau bas. Disebabkan nk bajet, so naik je bas dgn tambang 150thb per person.


Perjalanan amik masa lebih kurang sejam lebih sbb dia berhenti dulu kat stop2 lain mcm krabi town, railay n tmpt2 lain la. Mcm aku, aku pilih utk stay at ao nang sbb ao nang mmg tmpt tumpuan pelancomg, dekat dgn pantai n this is baru first visit to krabi so nk kenal2 dulu tmpt ni.

Org kata kat ao nang ni best sikit sbb mmg laluan ke pantai tu. Mcm korg yg nk plan bercuti krabi ni kalau nk ddk dekat dgn pantai carilah stay di ao nang.. Jgn ddk kat krabi town pulak. Jauh ok.

So driver bas tu hantar terus betul2 depan hotel. Bg tau je kat dia masa naik tu.. Kalau diorg x tau tunjuk alamat. Atau kalau korg x book lagi hotel pun x pe nnti dia drop laa korg kat mana2 n pandai2 laa korg cari hotel or hostel or homestay or whatsoever.

Dalam jam 9.30, kitorg sampai hotel kitorg namanya Blanco Room & Apartment.

Untuk review hotel boleh klik kat pautan link kat bawah sekali...

Disebabkan terlampau awal sgt, jd kitorg x boleh check in lagi sbb bilik x ready lagi katanya. So kitorg letak barang kat receptionist tu then jalan2 laa sekitar ao nang. Mmg nk cari makan dulu pun sbb x makan lagi ni. Jalan punya jalan jumpa laa satu kedai makan ni betul2 depan MDF Ao Nang hostel.

Layanan dia baik betul, makanan dia pun not bad n berpatutan. So utk aku, aku order pad-tai. Ala2 kuey tiow je cuma dia nipis lagi. 60thb.

very the yummy!
Lepas makan, teruskan perjalanan nk survey pakej2 tour utk keesokannya dan hari seterusnya.

Puas survey n tawar menawar.. Sampai dh malas nk jalan2 last2 kitorg amik..

Pakej PHI PHI ISLAND TOUR utk first day dgn harga 1050thb seorang. (Mula2 dia kasi 1200 mintak kurang dia bg 1100 last pujuk lagi dia bg 1050 mintak lagi x boleh dh. Haha) sbb nov ni high season org pegi krabi kalau x 900 pun boleh dpt. So bersyukurlah.. Kihkih

And utk hari seterusnya kitorg amik pakej JUNGLE TOUR yg pegi emerald pool, hot stream n tiger cave dgn harga 750thb seorang. (Kalau pegi ramai boleh sewa van je utk pegi tiga tmpt ni then tong2 laa. Lagi murah..)

Here are the list pakej yg ada. Ada banyak lagi actually. Nak buat water rafting ke, kayak ke, hiking ke, naik gajah ke suka korg lah. Plan sendiri percutian korg ok.

Klik gmbr utk besarkan..
Tengok harga dlm pamplet ni dgn apa yg aku dpt jauh beza kann? so tawar je banyak2...
kalau pegi masa low season 900thb pun boleh dpt utk phi2 island dia kata.
Lepas je book tour utk second day n third day, terus balik hotel.. Tp still awal so kitorg jalan2 pegi Tesco yg terletak betul2 depan hotel je.


Nak bagitau laa...

Tesco diorg ni masuk2 je bau nallaaaaraka. Bau ba alip ba ya okayy. Susuk sangat.

Pak Cik ni x tahan bau busukk.. hahaha
Lepas jalan2 tesco, balik hotel n tggu je sampai boleh check in.

Masuk2 je bilik haa lega dpt baring.. Sambile tu tgk tv layan running man yg di dub kan thailand.. Ko raseee?

Plan ptg ingat nk sewa motor n jalan2 area krabi. Dh pulak hujan + sedap topup tido yg x cukup sampai 5 ptg,. Keluar2 je dh gelap mcm maghrib padahal baru 5.40 tau. Then jalan2 je sampai pantai dh gelap x nmpk apa. Hahaha.

no filter... senja di Krabi
Then jalan laa lagi ingat nk amik tuk2 sbb nk pegi krabi weekend night market. So kitorg jalan je dulu..

Sepanjang perjalanan kat sini korg mesti ditawar banyak gila 'massage' 'massage' sampai naik rimass..
ada setengah tu confident je ckp thai dgn aku.. ingat aku local kot xD
Sampai laa ke satu tragedi mak ayam yg sangat ayam ni. Ni pun tragedi luka jugak ni.. Hahaha. Nak tau baca sini..

Mak Hayam Melampau !!!
Mak Hayam Melampau !!!
Mak Hayam Melampau !!!

Ok so..

Jalan punya jalan sampai dh puas cuci2 mata , n kena noda mak ayam baru laa nk tahan tuk2. Sambil2 tu beli laa cocok2 kat tepi2 jalan yg sederet dgn pancake kak yaminlah yg famous tu. dekat dgn Krabi Resort.




Mula2 dapat tahan tuk2, tp charge 400thb utk 3 org. Nego2 dia bg 700thb pegi balik semua. Mmg x laa. Tau jauh tp mahal sgt tu. Mmg saje je nk kencing. Pftt.

So kitorg tolak.. Mula2 ingat nk give up tp rasa ralat laa pulak sbb dtg hari ahad ni pun sbb nk pegi weekend night market ni.

Then tggu je kejap lepastu dtg pulak songtheaw (yg mcm tuk2 tp lori.. ke van. ntah laa nak) .Tp ada couple mat salleh belakang tu. Nasib baik spoting. ngeh ngeh.

Then ckp ngan pakcik tu nk pegi night market. Dia tanya org malaysia ke. Wahh. Pandai ckp melayu ghopenyee. okay then pakcik tu bg 60thb sorg. Pegi balik 120.. Nampak x beza dia dgn yg atas tadi? Haaa. Nasib baik jumpa pak cik ni. So naik laa songtheaw ni dan akhirnya kami ke

Krabi Weekend Night Market..!!  Yeayy

Dalam 30 minit perjalanan yg agak laju pakcik tu bawak sampai di Krabi Town.

mat salleh spoting n sweet. ^^
Sesampai je tmpt dia stop ni, pakcik tu direct utk ke pasar tu dlm bahasa melayu. Mmg aku rasa dia ni org melayu thai pun.

Jalan sikit x sampai 5 minit sampai sudah..

Pasar ni agak besar, banyak jual souvenir, makanan, benda pelik2 pun ada.

banyak pilihan key chain dan gelang yg dijual..
replika cendawan pun ada.. cendawan ke tu?? ehhh

group gamelan tgh jalan pun ada.. x sempat nk snap pix xD

Sampai satu tmpt depan stage. Ingat nk makan sini. Ramai sgt. Tggu pun asyik kena amik je dgn org lain. Last2 give up.



So then jalan je seround lagi tgk2 souvenir then terpikat dgn beg ni.. harga not bad 150thb tp sbb abg syuk beli jugak so dpt 120thb je.. ada jenis lain yg lagi murah tp yg ni agak berkualiti laa kain dia sbb tebal n dalam pun ada lapisan lagi... sukaaa angat xD


Pusing2 lagi beli air je then hujan.. terus patah balik kat songtheow pakcik td n balik Ao Nang..

Sampai2 je terus nk cari makan.. then dlm perjalanan rasa nk makan kat satu kedai yg nmpk menarik di luar tatapiii hmm..

Servis slow n makanan pun x berapa rasa dia. Rasa menyesal je. Tak tau kenapa dlm banyak2 kedai kedai tu terpilih. Hahaha. Nak bgtau nama kedai rasa bersalah pulak. Xpelah. Semoga servis dia berubah lepasni.

nasi goreng nenas dgn teh ais 90thb.. mahal tp x kena dgn rasa..
So lepas je makan, menapak balik hotel n tido. Save energy utk next day pula..


... AA Backpack Ke Krabi 2015...

link...

Backpack to Krabi #1 (KLIA2)
Backpack to Krabi #3 (Phi Phi Island)
Backpack to Krabi #4 (Jungle Tour)
Backpack to Krabi #5 (Krabi-Hatyai)
Blanco Room and Apartment


..

Backpack to Krabi #3

PHI PHI ISLAND TOUR

16/11

Tepat jam 8.00 kitorg tggu kat depan hotel n 5 minit lepastu terus sampai pick up lori. Lori ke? Tah laa. N dia bg sticker berwarna utk lekat kat baju. (Utk bahagi group).


pagi di Ao Nang
Lepas je dia amik kitorg, dia amik pulak org2 kat hotel lain then pegi sampai la di Nopparathara Beach tmpt nk naik speed boat tu.

Then kena tggu jap sampai tour guide pun dtg n panggil group.

HAA.. Masa tgh tggu ni ada makcik ni tegur...

''ehh semalam mcm mana? dia bg balik? Aunty ada kat airport semalam.. terkejut jugak tiba2 je dia marah2. tp xde apa la ek.. acah2 jela?''

haaa malu woii... makcik ni ada rupanya masa 'insiden' hari pertama kat airport.. dia siap ingat muka aku lagi. aku pun x perasan dia ada sbb ramai sgt.

kalau nk tau insiden apa korg boleh baca dulu entry ni... Kisah paling sedehhh !

ok sambung..

Mcm kitorg dpt sticker biru. So dia panggil 'blue colour!!'.. So kitorg pun berkumpul..

lepas kumpul, dia kenalkan diri dia, brief itu ini.. blabla. then bertolak ke boat.

makcik pakai topi ni laa yg tanya.. malu siakkk..
jalan ke speed boat..
Tempat pertama yg dituju adalah Bamboo Island.. perjalanan ambil masa lebih kurang 45 minit...

Bamboo Island

Kawasan pulau mmg lawa.. pasir dia putih bersih.. dinasihatkan siapa yg dtg bawak sunglasses sbb pulau ni agak silau lagi2 matahari tgh terpacak..




Kat sini sempatla ambil2 gmbr, swimming n sunburn feeling2 mat saleh walhal muka mmg dh natural rentung.

dia bg 40 minit je utk kat sini.. kemudian ke next stop...

Viking Cave

Viking cave ni sarang burung yg terbentuk secara semula jadi. ni sightseeing je so tgk dr boat jelaa.


Pileh Bay

Pun tak boleh turun jugak sbb kat sini dia tunjuk betapa lawa nya bay ni.. Mmg lawa. Sbb boleh tgk sampai dasar. Air dia sangat sangat crystal clear. Mcm kaca lah.

Kalau ikut kata tour guide tu dia kata nama Pileh ni diambil dr Bahasa Melayu 'Bilik'.. kenapa tu x tau laa sbb x dgr sgt masa dia explain + eksaitedd giloks.

Kat sini rasanya boleh je mandi sbb tgk ada boat2 lain bg guest dia mandi.. tp kitorg x de pun mandi. tah laaa.. pakej lain kot. hikss.



Maya Bay

Selepas ke Pileh Bay, kemudian perjalanan diteruskan selama agak2 15 minit n sampai di Maya Bay..

Tmpt ni kalau sebut je mmg famous dgn filem The Beach yg dibintangi Leonardo DiCaprio..



Tmpt ni lawa tp ramai sangat sangat. Maya bay bersambung dgn Loh Samah Bay yg terletak belah belakang dia. Jalan x sampai 5 minit dah sampai..



Dalam pukul 12 lebih kitorg bertolak pula  ke Phi Phi Don Island utk makan tengah hari.

Phi Phi Don Island

Dalam pukul 12.30 kitorg sampai pulau ni..

Turun2 je terus pegi tmpt nk makan n mencekik puas2.. Harga makanan ni dh termasuk sekali dlm pakej n makanan dia style buffet dan halal.. tambah jelaa nk tambah banyak mana punn.

Nama Phi Phi ni diambil dr perkataan Api.. nk tau lagi wikipedia ajorkkk.

Tudiaaa mcm x makan setahun.. hek elehh x sarapan laa pagi td xD
Don't worry kalau rasa x makan nasi yg feeling2 mat saleh tu, ada spaghetti, salad n hidangan lain.. lauk pun banyak pilihan.. tak tau laa hari2 menu yg sama or tukar2 itu x pasti.. 

Lepas makan, ddk2 jap melayan phone n jalan2 sekitar phi2 island ni.. 

Sini pun ada jual2 souvenir kalau nk beli.. 


nice view in phi2 island.. perkampungan org Islam.
Pantai kat sini pun lawa... ala2 hawaii gituu.



Lepas sejam dekat Phi Phi Island ni.. perjalan diteruskan ke Monkey Bay utk snorkelling.

Monkey Bay

Masa sampai monkey bay ni kitorg turun terus utk snorkeling.. dia x berhentikan kat tepi pulau tu sbb banyak sangat monyet. dr atas boat pun boleh nmpk.. tapi ada jee org yg lepak2 kat situ.

So aku n abg syuk turun. tp izzad x nk.. x reti katanyaa.. dh puas pujuk pun x nk.. hmm rugila..

kat sini snorkel mmg cantik sgt x mcm pangkor yg mmg x nmpk apa. Penuh air kencing je rasanya.

Mmg lawa. Feeling2 berenang dgn fishh.. Fish je suka.. Suka je fishh.. Kannnnx10000

Kat sini hati2 sikit sbb banyak landak laut.. dr atas boat pun boleh nmpk.





Mmg lawa ok.. nmpk coral2 dia.. *gmbr2 diatas just screenshot sbb asalnya video.. malas nk upload video*

Sampai penat n puas, tangan dh lenguh terus naik..

Then assistant tour guide tu ckp ''look at that'' haaa amik kauu ular laut yg belang2 putih hitam kuning tuu.. erkkk. ular kecik jee tp kalau tgh2 berenang tiba2 depan mata mau x kejung aku kat situ.. nasib dh naik atas. hahaha.

Then last stop x ingat nama tmpt ni..

Aku tak turun sbb tangan dh lenguh2 hyper sgt kat stop first td. So abg syuk je snorkel sorg. Aku? Pose atas boat jelaa..

Then tepat pukul 3 ptg balik ke nopparathara beach. Sambil tu ada bg buah2 sejukk. Refresh gila. Dh laa tgh2 panas. Makan buah sejuk.. Atas laut pehh. Air pun diorg bagi so jgn risau kalau x bawak air. Tp kalau nk prepare air lebih bawa la.



Lebih kurang sejam rasa angin laut atas boat yg laju mmg best. Lintas chicken island (kalau amik pakej 4 island pegi sini)


Sampai je Nopparathara beach patah balik ao nang naik van retiss.. van yg besauu tu.

Tp aku suruh org tu drop kat Krabi Resort je sbb nk makan pancake kak yaminlah. Malas nk menapak dr hotel. Dah le jauh..

Turun2 je sampai laa pancake kak yaminlah yg sangat famous di kalangan pelancong terutamanya dr msia.

Itulah kak yaminlah
Mana yg x tau location kedai kak yaminlah ni nampak kan Krabi Resort? haa kat situ la dia.
Dah sampai Krabi Resort tu mmg dh nmpk dh kawasan kedai2 makan tepi jalan tu.
kat situ la kedai kak yaminlah.. paling hujung.

So sempat merasa chocolate w susu 30 baht dgn banana nutella 40 baht.

Org x ramai lagi sbb baru bukak.. Pancake dia agak berminyak tp rangup

Then lepas je makan, lepak2 jap terus jalan ke pantai ao nang nk tgk sunset kononnya..

Sambil2 jalan jumpa air kelapa ni yg video cara 'kupas' dia sgt unik viral kat fb. 50 baht je. Mmg dapp sgt2.. Kat msia xde lagi rasanya. Rasanya lah. X tau laa kalau dh ada.


Air dia sgt banyak n isi dia mmg puas.. Manis sgt. Sambil2 tgk sunset.. Pehhh layan.

Ddk2 jap then jalan2 pantai.. Tak puas amik angin pantai kot.. Sunset masa tu boleh laa lawa tp x brp menjadi sbb mendung masa tu. Hujan pun rintik2 kejap.

merenung ke tengah lautan....

mercu tanda ao nang kot..
Agak2 dh nk malam dah puas jalan terus balik hotel.. Jalan je 20 minit..

Sambil2 tu survey restoran mana nk kena terkam..

So lepas balik, mandi siap2 keluar balik cari makan..

Malam ni makan dkt Bangboo Restaurant betul2 dekat area Masjid Ao Nang.. terasa nk makan seafood la pulak.. kalau dh sampai thailand mmg x sah kalau x rasa Tom Yam n Som Tum kann.

Sorry x menyempat nk tgk kamera. hahaha


So lepas puas melatak, balik bilik terus sbb mmg x larat + nk charge diri utk next day nk buat aktiviti Jungle Tour.... huhu.

Zzzzz...

...AA Backpack Ke Krabi 2015...

link...

Backpack to Krabi #1 (KLIA2)
Backpack to Krabi #2 (Krabi Weekend Night Market)
Backpack to Krabi #4 (Jungle Tour)
Backpack to Krabi #5 (Krabi-Hatyai)
Blanco Room and Apartment

..