Sunday, 2 November 2014

Ke USS Ke Kita !!!

Assalamualaikum y'allss

Whooppp hari yang dinanti-nantikan aku nk update pasal benda ni.

Actually agak dah lebih sebulan lepas dah Yusof a.k.a Ucop ni ajak aku pi USS. Dia ajak pun sbb dpt 3 tiket free. So dia decide nak ajak aku dgn Syakir a.k.a Dato K. Dia nk ajak Fikri a.k.a Cek Embon sekali tp disebabkan tiket ada 3 so lagi 1 dia support,. Jadi untuk menjimatkan kos, mcm mana aku buat? (Idea yang diberikan utk Ucop la sbb tiket dia kan xD) Ketiga-tiga tiket free tu telah dijual dengan harga RM160 setiap satu. Mmg nmpk jual murah kalau nk ikutkan harga asal kan?

TAPI! sebenarnya korg boleh jumpa tiket LAGI MURAH kalau beli guna agent!

Kalau beli on9 kat Resort World punya web pun dalam $90 (agak2 nk RM200 gak) . Apatah lagi kalau beli kat sana, dengan ramai lagi. Dapat tiket pun belum tentu dapat. Menangisss.

So aku yg rajin blogwalking baca2 blog org pun terjumpa laa satu agent ni komen kat satu entry blog seseorang. Berapa dia jual? here the details.,,

***USS Ticket*** at only 
[Adult : RM135 ($53)]
[Child : RM110 ($43)] (4 ~ 12 years , ≤3 free)
Available for EVERYDAY , including Weekend and Public Holiday!!
No need to Exchange Ticket at Ticketing counters, immediate admission to USS!!
.........


Haaa murah ke idok?? RM135 je dari harga asal dia.

Jangan risau, this agent is trusted ! Bukti dia? selepas je aku bank in duit, dalam masa kurang dr 3 jam utk dia process tiket tu aku dh dpt. tinggal download file tu n print ! Sampai sana tinggal tunjuk je kat tmpt masuk. Tak perlu beratur panjang2 pastu bayar mahal2. kan.
Sangat mudah dan pantas kann.. yang penting mampu milik uolss. hahaha. So kalau nk tiket tu klik je.. > Universal Studio Singapore Ticket . Korg PM je admin dia (Miss Sheray) dia akan layan korg dengan sangat ramah dan mesra. Wahhh. hahaha

Ok done pasal tiket. lepas berbincang-bincang dlm group, Tempat tinggal n transport pula yg dicari.. Untuk save bajet mmg idok lee kan nk stay kat Singapore. Rabak duit woiii.. Jadi kitorg decide stay kat JB n naik bas dari JB.

Setelah berblogwalking lagi dan lagi aku pun jumpa satu bus service ke USS dengan harga RM30 (pergi-balik). ODYSSEY bus service dari Tune Hotel Danga Bay, teruuuusss dia akan bawa korg direct ke USS. Waktu bertolak 7.30 pagi, balik 7.30 ptg.

Jadi kitorg decide stay kat Tune Hotel n pegi dgn bas tu je. Sebenarnya boleh je nak stay kat hotel lain. Tapi nk mudah aku book kat Tune Hotel je.

Haa ni lagi satu tips. Kalau korg nk stay sini, better beli On9 sbb kalau beli bilik secara walk in, mmg berganda-ganda mahal. Jadi aku yg rajin bab2 book on9 ni aku pun book dekat tunehotel.com .

Untuk pengetahuan, time dah pilih jenis bilik apa semua kat tunehotel.com ni, korg boleh beli tiket bas sekali kat sini dengan harga RM25. (beza RM5 je), just click je tiket to Universal Studio time book nnti ada keluar.

TAPI aku dgr org ckp kalau beli sekali nnti seat belum tentu dpt. Tak tau laa btol ke x kannn. Utk selamatkan keadaan aku x beli sekali tiket bas, aku beli berasingan. Kang x dpt tmpt ddk sia2 je kann. So direct je call  07-232 3092 (Odyssey) n book tmpt ddk. Dh check in hotel, baru aku beli tiket kat sana. ( ofis dia satu bangunan dgn tune hotel kat bawah sekali, sederet dgn 7E n AirAsia punya tmpt beli tiket )

OK bab tiket, hotel, transport dah settle. SO date pulak. Berikutan keadaan masing2 yg asyik busy, n aku dgn final yg belum habis lagi asyik bertukar2 je tarikh. last2 kitorg decide nk pegi 31/10/2014 (Jumaat). Aku habis final 30. Mmg esok tu terus pegi laaa kan.

Tips lagi utk korg yg nk pi USS, better elakkan tarikh weekend dgn Cuti Sekolah. sah2 ramai gila babeng kat sana. Kitorg yg pegi hari biasa ni pun agak ramai tp still boleh tahan laa. Nak naik ride paling lama tggu dlm 40 minit camtu, (Transformers) . Aku dgr ada org nk naik benda tu kena tggu dekat 2-3 jam pun ada. So kira kitorg ni sgt2 beruntung laa kan x pyh tggu lama2. Jimat masa. huahaha.

So 30 tu aku last paper, dari kolej terus ke Tune Hotel ni, dari kolej aku x sampai 10 minit pun. Jadi ilekk laa kan. Malam tu baru aku amik 3 mamat ni kat Terminal Larkin n esok tu berjimbaaa lah kami gila babi.

...30 Oct 2014...

Jadi hari ni aku check in Tune Hotel, paper habis 11.30 tp aku lepak asrama dulu sampai 1.30 baru gerak ke Tune Hotel (sebab masa check in adalah 2.00 keatas. )

Elokk je sampai Tune Hotel pukul 2.05 minit. Terus aku check in dengan bawak barang banyak2 mcm nak lari rumah.. Biasalaa bawak balik semua barang dah habis sem, tu pun kira dah kurang dah tu. Check in je apalagi, aku rasmi dululaa katil tuu.

Ohh btw bilik yg aku book ni adalah bilik semata-mata. No TV, No Aircond, No Wifi, No Toiletteris. Sbb mmg mcm tu style tune hotel ni. Kalau nak kene add-on, time book boleh, time lepas check in nk add-on kat kaunter pun boleh.. Xde aircond xde masalah, ada kipas mehh. korg x kan mati kepanasan. Tapi malam tu kitorg beli gak pakej a/c, tv n wifi sbb masing2 kebosanan. x)
Malam tu, dlm pukul 7.45 aku gerak ke Terminal Larkin amiklah mamat2 dari KL ni. Sangat diva nak kena jemput2 bagai kannn. Lepas dh amik, kitorg makan2 dulu. Pekena koko ais dulu kat Jalan Cenderawasih (sebelah Terminal Larkin). Sedappp wehh.. 3 hengget je. Lepas tu teman si cek embon pegi bank kat Larkin Perdana ada hal sikit, then balik hotel.
Sampai je Tune Hotel, siap2 gosok baju apa semua.. ( Ironing Room disediakan kat tingkat 1 Tune Hotel ni ), sembang2 pastu tido. kepenatan laa katekan. Nak save energy lagi. So tiada aksi malam Jumaat. EHHH??

...31 Oct 2014...

The dayyy that we waiting forr.

Bangun je sedar2 dah 6.20, konon set alarm nak bangun 5.30. biasalaa tidur je dh pukul brp. Dah siap2 pukul 7.15 kumpul kat bawah, Bas bertolak dlm 7.45 mcm tu. sebelum gerak orang odyssey tu brief dulu apa yg x bleh bawak masuk singapore, apa nak kena isi.

Okay sampai2 je imigresen Malaysia, turun bas, scan passport, naik bas balik. Pastu turun imigresen Singapore plak, Cop pasport, scan bag semua. lepas tu naik balik. Sampai2 USS pukul 10.30.

Sebelum turun bas, apek bas tu berangan ala2 pilot bercakap melalui microphone, kita sudah sampai di bla bla bla. hahaha. Tapi dia kata balik 6.30 sbb Jumaat jalan jam. kitorg dah alaaa takut x sempat kann. Sempat je sebenarnya.

Sampai2 je apalagii.. Fisheye on, monopod on. SELFIE lah you alllss. Mmg nasib aku sgt baik sbb x ramai sgt org. Lepas dh puas selpie, masuk ke USS pulak.
Belanja satu je.. banyak2 kang kena maki xD
First tmpt yg kitorg pegi adalah Sci-fi City, (Transformers) org kata tmpt ni paling ramai beratur, Setiap ride dia akan tunjukkan anggaran waktu korg kena tggu beratur, So transformers 40 minit, tp kitorg tggu dlm 30 minit camtu.
Mmg terbaik game ni. 9.5/10 aku bg. Korg akan rasa seakan2 korg berperang betul2 dgn Megatron lahanat tu.. mmg rasa real. kena langgar, kena tembak, kena sedut dgn binatang apa tah. Yg si cek embon mmg dh jerit abis dh la. Aku ko jgn ckp, lepas segala stress final haritu.
So lepas je Transormers kitorg ke Egypt.

Kebetulan masa aku pegi ni Halloween. so banyaklaa patung2 menyeramkan kat situ.

Nak masuk sini, korg x boleh bawa masuk beg. Jadi beg aku kena letak dlm locker. 45 minit pertama free. lebih dari tu, bayarlah ye.

Masuk je tmpt ni mmg seram, padahal baru tmpt org beratur. Mmg design, lighting dia malap2 ala dlm gua gitu. tggu dlm 20 minit naik lah kitorg roller coaster indoor ni. Yg ni aku rasa lagi best dari Transformers tadi. Berderau jantung woii.. hahaha
Lepas je Egypt kitorg ke The Lost WOrld ( Jurassic Park ) . Mula2 nak naik ride yg atas air tu. Tapi waiting time di 60 minit, so kitorg main ride lain dulu.

Yang ni aku x tau laa roller coaster ke apa. Laju tu biasa2 je x sampai 30 saat pun ride dia. Tggu bagai nak rak. Hurm.

Lepas naik ni, kitorg ke tmpt apatah nama dia x ingat. Dia bukan ride, kita tgk show mcm betul2 filem buat. Nak tggu semua masuk mmg lama sikit. Tapi xdelaa lama sgt. dalam 30-40 minit je tggu n diorg start show diorg. Kira on time masa kitorg dtg tu nasib2 je. xD
Tempat ni dibahagi 3 seat, Soak Zone, Splash Zone, Dry Zone. mana yg rasa nak kena mandi lenjun tu boleh laa ddk di Soak Zone. kitorg ddk kat Splash je. acah2 nk kena x kena kann.

Start je show ni korang mmg akan kaku. Sangat sangat menarik! Ada letupan2, Effect bunyi dia, Jatuh sana sini. Mcm dalam movie. tapi ni depan mata sendiri yee. Thumbs Up untuk pelakon diorg. Aksi tumbuk2 mmg real !

Lepas tu kitorg menuju ke tmpt Far Far Away (SHREK) .
menunggu diorg beli air.
Sebelum sampai tmpt shrek kitorg beli air jap kat tepi2 jalan tu. Air Mineral je $2.80 ye. Dinasihatkan bawa botol air sendiri. bawa botol kosong pun x pe sbb kat sini banyak water dispenser. So korg x kan mati kehausan. Cuma bersih x bersih tu aku x berapa yakin. Tapi kalau dah haus tahap nak arwah kesah pulak kann..

Makanan jangan ckplahh. kitorg mmg dah prepare bawak snack2 dr hotel, so save budget. Nak ikutkan rules makanan x leh bawa masuk, tapi xde check apa pun time masuk tuu. So pepandai laa ye.
Time ni dah pukul 1-2 mcm tu, so panas dia agak x tahan. Sampai je sini terus masuk lega kena aircond.

Mula2 tu bosan sikit dia cerita2 tapi lepas dh masuk panggung 4D dia amaze sikit laa. Time ni mmg best sbb korg tgk wayang tp ada effect2 mcm air percik, angin2. yg x tahan time labah2 korg akan rasa labah2 tu berlari2 bawah kaki korg. huahaha. Yang penting Syakir tertidur okay.. belum apa2 dh penat. bhaha.

Keluar je hall, lalu kedai souvenir, (mmg setiap point, lepas game korg akan lalu kedai souvenir) mcm biasa, cuci mata jelaa kan. nk angkat rasa berat jee mata memandang price tag. T-T
Lepas tu bergambar lagi gila depan castle shrek tu.
Dah puas bergambo, Naik Enchanted Airways pulak. classs nama ride dia kann. Naik dragon je pun. Boleh laa tahan..
Lepas tu pulak kitorg ke MADAGASCAR!

Kat sini beratur pun x panjang. Ride dia kita naik something like boat tu, then dia bawak masuk mcm ke alam movie madagascar. Best jugak laa. sesuai utk budak2 mcm aku. xD

So lepas tu kitorg jalan2 je lagi. Rehat2 kan kaki jap. Cek Embon x habis2 dengan sesi fotografi dia.
Masa banyak lagi, ada dlm 3 jam lagi sebelum pukul 6. Kitorg naik Elmo yg Spaheti Space Chase tu pulak. Sangat keanak-anakkan.
Then ingat nak patah balik nk naik yg Jurassic Park yg atas air tu, Dah tutup pulakk.. aduhh.

So jalannn lagi, ddk2 jap, bergambo lagi lagi dan lagi.
Lepastu aku mcm nak naik Transformers lagi. Yelaa tgk wait time dia pun 10 minit. baik naik lagi. Mula2 diorg x nak ikut sebab cek embon ni mmg kecut perut walaupun badan sesado big show. Ucop pulak ikut dia je, last2 Syakir yg meneman. Nak pulak si big show tu ikutt lepastu.. Hahaha.

Kali ni lagi best. Tak payah beratur, sampai2 je tggu jap je, pastu naik terus. mmg x ramai. Dah mcm pakai Express Pass pulak. xD

Naik2 je ddk depan laa kann. td ddk tgh2. Ddk depan rupanya lagi feeeeell uolsss... rasa mcm nk terjatuh betul2. Ucop pulak mengalahkan jeritan cek embon kali ni.

Habis je ride, Cek embon pulak gedik ajak ride lagi. tadi takut, huaha. tapi kitorg malas sbb dah rasa kurang feel kalau naik dua tiga kali benda ni sbb dah tau jalan cerita dia.
Ok then lepas tu nk cari souvenir sikit. sikiit je mampu. Syakir dgn cek embon aku tinggalkan aku jln ngan ucop je.

Lepastu baru aku teringat ada satu tmpt aku nk pegi, tp x pegi lagi.' Light, Camera, Action.' lepas je beli souvenir, Amik cek embon ngan syakir balik n pegi tmpt ni.

Dia ibarat dlm studio kita tgk mcm mana yg movie2 yg kita tgk ada tsunami, bom2 semua tu diorg buat, pastu jadikan balik jd set asal. Mmg thorbaikk..! Baru lah kita tau yg dlm movie tu semua dlm studio je rupanya. lighting, effect, sound dia semua mmg perfect!
room1, dia tunjuk video je dulu.
room2. here is the movie set.
jadikan balik kpd set asal. 
Keluar2 je kebetulan ada org tgh buat show. Mcm steet dance gitu. yang best bila dia panggil budak2 tu yg x tahan tu. comey2 je. ^o^
Tengok jam dalam 5.40 something, kitorg pun dah rasa puas, penat n maleh nk pusing balik. Lalu keluarlah dari USS. Amik lagi sejuta selfie depan globe nii.. Part ni aku x tahan sbb time aku je adaa je yg nak halang. kalau bergambar x pe. saje berdiri menghalang, yg budak2 ni dh gelak2 tgk aku menyumpah nyumpah.
Last2 aku kesah hape, anak yenna mana tah aku main halau. semak je depan camera. kekwat sangat perangai. hahaha
Pukul 6.10 kitorg turun kat parking bas yg dia drop kitorg pg td, bas x sampai lagi sbb dia kata 6.30 kan, so sempat menghabiskan dollar beli air kat vending machine. ddk jap, pastu bas pun sampai. Sampai JB dalam 8.30 mcm tu. Jem namatii la uolss.

Dengan kepenatan apa semua, mmg x larat nk keluar balik laa kann. mula2 plan nk makan kat luar, last2 order dominos je..
hahahaha muka kirun kelaparan..
Dari pagi x makan mmg piranha laa memasing. Time amik pizza kat bawah, boleh pulak si embon ngan ucop terserempak ngan pejal yg nk ke legoland keesokannya. Dunia sangat kecik kata mereka. huahaha. Lepas makan, ddk2 kejap je lalu masing2 keluarkan bunyi mesin tebu.. Sangat kepenatan but very satisfied!

...1 Nov 2014...

Esok tu 10.15 check out (Waktu check out Tune Hotel 11.00 am sharp).

Suruh recepcionist tu call teksi bawak kitorg pi Terminal Larkin. Tggu 10 minit teksi pun sampaii..

Mula2 risau takut tiket bas habis sebab ramai org nk turun KL nk tgk bola kan. JDT vs PAHANG wuhuuu ( congratz to Pahang. ) Last2 adaaa jugak. naik bas Mayang Sari pukul 12.30. Sampai keyel pukul 5 centu.
Really had fun w them! Walaupun ramai member2 lain sedang tggu nk charotkan kitorg sbb x ajak kannnn. hehe bukan x nak ajak, tp kita pegi atas sponsor orang. xD

Sape2 yg nak jalan2, musim cuti sekolah nk dekat ni kann. mmg sesuai sgt lah. Cuma risiko ramai atau x ramai jelaa. pandai2 laa korg plan. hehe ^^v

So that's all.. till meet in another entry, bye, semekommm.